ULAM RAJA

Ulam Raja_03

 

Di Hari yang indah ini, Tok Onyang nak kongsi mengenai Ulam Raja (King Salad), atau nama lainya iaitu, Kenikir.

Tok Onyang tahu Ulam Raja ini biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya cantik dan berwarna-warni, jadi lepas ni tOk oNyang nak tanam dekat rumah, senang nk buat ulam & hiasan. Tapi yang selalu dijadikan ulam biasanya, ia mempunyai bunga yang kecil dan berwarna agak pucat (merah jambu pucat) atau putih, atau yang tOk oNyang biasa dengar “intan berayun”, kalau bunga warna kuning agak kurang untuk orang buat ulam. Ulam Raja ni boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Ok… Sejarah Ulam Raja ni, berasal dari Amerika Latin, tapi mudah dijumpai di Amerika Syarikat, Malaysia dan di negara Asean.

Seterusnya Tok Onyang nak bagi tahu kandungan dan juga khasiat Ulam Raja ni. Ulam Raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak, dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Khasiat Ulam Raja ialah dapat memperbaiki peredaran darah, mencuci darah dari bahan toksikd dan juga menguatkan tulang serta merencatkan aktiviti sesetengah bakteria. Klorofom yang diekstrak dari daun Ulam Raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan boleh merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus, seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.choli. Tu dia, Tok Onyang boleh jadi ahli sains lepas ni… hihihi…

Ulam Raja ni merupakan sayuran herba yang amat popular dibuat sebagai ulam yang dimakan mentah bergitu sahaja bersama nasi atau dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak serta cincalok. Amat menyelerakan sekali, wahh.. memang menyelerakan, bagus dan sedap kalau dapat dijadikan ulam tiap-tiap hari, lepas ni boleh la cari Ulam Raja ni, Tok Onyang pun nak cari jugak, anda bila lagi…

(Sumber : khasiat herba)

Selamat menggunakan –INFO HERBA- ini

[-Tok Onyang-]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *