Ternyata Pokok Sekentut Ini Sebenarnya Boleh Mengubati Sakit Perut

Pokok Daun Sekentut - HerbaMalays

Pokok Daun Sekentut – HerbaMalays

Ramai yang tidak tahu yang sebenarnya Pokok Sekentut ini, boleh mengubati sakit perut dan yang paling mujarab iaitu membuang angin dalam badan. Apa yang Tok Onyang boleh kongsikan, Pokok Sekentut ini adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Rubiaceae. Nama saintifiknya ialah Paederia foetida, tumbuh di sekitar kawasan belukar yang menerima cahaya matahari dan terdapat banyak di kawasan zon beriklim sederhana seperti Hutan Tropika di Asia.

Tok Onyang nak kongsikan Khasiat Daun Sekentut ni, Khasiat Daun Sekentut ni boleh mengubati sakit perut, lagi-lagi yang banyak angin, memang akan keluar semua angin yang ada, dengan cara ambil beberapa helai… sekurang-kurangnya 5 helai, kemudian bersihkan dan rebus. Setelah rebus hingga menggelegak, ambil air rebusan tersebut, tunggu sehingga suam atau sejuk dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. Amalkan kaedah ini, Tok Onyang pasti, elok la perut yang sakit atau cirit birit, serta keluarlah angin dalam perut dan seluruh badan.

Selain itu, Khasiat lain yang ada pada Daun Sekentut ni, iaitu ia juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya, ambil beberapa helai Daun Sekentut ini, tumbuk halus kemudian perah untuk mendapatkan airnya itu, lalu sapukan pada tempat bintik-bintik merah tersebut. Daun Sekentut ini juga, dapat menghilangkan kejang, sakit kuning dan kencing tidak lancar. Oleh itu, Tok Onyang sarankan, sesiapa yang ada sakit yang sebergini, eloklah jika Daun Sekentut ini dijadikan ulam, macam mana nak jadikan ulam tu…? Ambil beberapa helai Daun Sekentut ini, cuci sehingga bersih kemudian kukuskan sehingga masak, lepas itu boleh dimakan sebagai ulam. Mudah je kan…

Tumbuhan ini biasanya mudah hidup dengan cepat dan menjalar liar di atas tumbuhan lain sehinggakan boleh menutupi tumbuhan tersebut. Ia mudah menjalar kerana batangnya yang lembut serta kuat untuk melilit dan mampu tumbuh sehingga 1.5 meter dengan adanya pokok sokongan untuk terus menjalar. Daunya berbentuk panjang dan tirus, yang berwarna hijau sederhana, Pokok Sekentut ini juga mempunyai bunga kecil dimana kelopaknya berwarna putih serta bahagian tengahnya berwarna ungu.

Walaubagaimana pun, Pokok Sekentut ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, jika di sentuh atau di tiup angin, namun daripada Pokok Sekentut inilah, terdapat Khasiat yang ramai orang tidak tahu dan boleh menyembuhkan penyakit mengikut Khasiatnya. Jadi Tok Onyang percaya bahawa setiap penyakit yang ada, pasti ada penawarnya, tenung-tenungkanlah dan Selamat BerInfo – Sharing is Carring.

(Sumber : Khasiat Herba)

[-Tok Onyang-]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *