Pengembaraan Bermula….

Assalamualaikum,

Kami doakan Anda semua sentiasa sihat di bulan Ramadhan yang mulia ini…

Alhamdulillah, hampir siap sudah “rumah baru” untuk kami terus berkongsi content & idea tentang segala jenis tumbuh-tumbuhan herba yang sebenarnya ramai di kalangan kita tidak sedar tentang manfaat kegunaanya untuk masyarakat sejagat….

Biar kami kongsikan apakah rancangan kami dengan HerbaMalays secara jelas untuk mengelakkan kekeliruan…

Pertamanya, HerbaMalays adalah sebuah jenama yang bernaung di bawah Herbamalays Benefit Sdn Bhd, kami bermula dengan satu produk, melalui strategi pemasaran utama kami iaitu “Content”, kami bersungguh untuk mengukuhkan jenama HerbaMalays bagi memastikan produk keluaran kami mendapat perhatian masyarakat di dalam & luar negara…

Justeru, HerbaMalays akan diberi penjenamaan semula kepada “HM” dengan Motto “Life With Think Alternative”, motto ini adalah selari dengan Visi syarikat iaitu untuk melihat “Formulasi Herba Peninggalan Ke Seluruh Asia & Global”

Di laman ini, kami hanya akan berkongsi tentang segala jenis RAHSIA tumbuhan Akar Kayu Kampung peninggalan generasi kita yang terdahulu yang teramat mujarab, ini adalah usaha kami untuk memastikan segala formulasi & cerita berkenaan kemujaraban campuran herba generasi terdahulu tidak lenyap di muka bumi…

Kami percaya terdapat banyak kaedah rawatan yang menggunakan Herba Tradisional peninggalan generasi terdahulu yang boleh memberi manfaat bersama kepada kita semua, justeru kami akan memastikan maklumat yang kami kongsikan di sini adalah TEPAT & SELAMAT

Dengan segala maklumat & info tersebut, kami seterusnya akan berusaha untuk menterjemahkannya kepada produk / perkhidmatan di bawah jenama “HM” yang kami akan bawa keseluruh Asia & Global…In shaa Allah…

Sepanjang 5 tahun berkongsi tentang Herba Tradisional, kami yakin bahawa terdapat banyak masalah kesihatan yang masih belum ditemui jalan penyelesaian melalui Rawatan Konvensional, justeru kami tetap optimis bahawa “Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya” & oleh yang demikian, kami ingin membuka minda masyarakat untuk sentiasa mencari alternatif & ia selari dengan motto kami “Life With Think Alternative”

Semoga Allah Taala beri kekuatan kepada kami untuk terus berkongsi info & maklumat kepada para audiens kami…Ameen, In Shaa ALLAH…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *