Cerita Sebenar Khasiat & Misteri Burung But-But

herbamalays

Burung But-But

Burung But-but mempunyai khasiat mujarab untuk merawat masalah PATAH/RETAK/CEDERA di bahagian Tulang seluruh anggota badan manusia…

Namun, terdapat banyak pendapat tentang di manakah khasiat daripada Burung But-but bagi digunakan untuk masalah KEPATAHAN TULANG…

Cerita yang paling banyak dinukilkan adalah mengenai anugerah kepandaian daripada Allah kepada Ibu Burung But-but untuk mengenali HERBA terbaik yang mujarab & berguna untuk merawat masalah PATAH TULANG anaknya.

Bagaimana ia berlaku?

Kami pernah mengenali seorang Tukang Urut tua yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam dunia urutan tradisional. Beliau mengatakan pada suatu masa dahulu, Pakciknya telah membawanya pergi ke sebuah kawasan untuk mengenali Herba Mujarab untuk merawat masalah Patah Tulang…

Sebelum itu, Pakciknya meminta beliau untuk mencari Burung But-but yang mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk dipatahkan kaki anak Burung But-but tersebut…

Selepas dipatahkan, tinggalkan sahaja anak burung But-but tersebut…

Daun But-But

Pakciknya berkata pada beliau : “Kalau kamu tak percaya, 1-2 hari nanti bila kita datang, pasti anak Burung But-but tersebut telah pulih kakinya & pasti di sarangnya ada daun ini (ditunjukkan daun seperti di gambar)”

Selang 1-2 hari selepas itu, beliau & pakciknya pergi ke sarang But-but tersebut, memang benar anak But-but tersebut telah pulih serta telah boleh terbang semula & selain itu, terdapat banyak daun seperti di dalam gambar pada kaki & pada sarang Burung But-but tersebut….

Jadi, KEBIJAKSANAAN Ibu But-but mengenal Herba Mujarab untuk merawat masalah Patah Kaki anaknya sangat berharga & bermanfaat pada kehidupan manusia…

Terdapat juga cerita yang mengatakan ada sesetengah masyarakat kita telah menangkap Burung But-but & memasaknya untuk dijadikan Minyak But-but…

Cerita yang lainnya pula & hampir tepat adalah, mereka tahu bahawa ada Daun Herba yang digunakan oleh Ibu But-but untuk mengubati Kaki Patah anaknya, namun disebabkan mereka tidak mengenal jenis Herbanya, maka mereka mengambil sarang & anak Ibu But-but untuk dimasak bersama minyak kelapa untuk dijadikan Ubat kerana terdapat bekas Herba Mujarab pada sarang & kaki anaknya itu…

Namun, cerita yang paling berpengaruh adalah mengenai khasiat Herba Mujarab yang digunakan oleh Ibu But-but untuk masalah Patah Kaki anaknya itu…

Segalanya tetap dengan Izin Allah, namun pada setiap kejadian Allah, ada rahsia yang perlu dikaji untuk kebaikan & kegunaan manusia sejagat.

Kami mulanya agak kurang percaya dengan cerita Tukang Urut ini pada asalnya, namun kami sendiri mencubanya di bahagian tulang yang sakit, ternyata benar cerita Tukang Urut ini kerana sakit tulang di bahagian lutut Admin berkurang dalam kadar yang agak cepat…Izin Allah, Alhamdulillah…

P/s : Pokok But-but ini sangat teguh & dikategori sebagai pokok spesis hutan yang menjalar & istimewanya walaupun disembur racun, namun sangat sukar untuk ia mati, malah tetap kelihatan segar walaupun daunnya telah dipetik, pokok ini hidup kebanyakannya di kawasan sawit kerana ia memerlukan kawasan yang agak redup untuk hidup.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *