Category Archives: Lain – Lain

NEVTRET, TERAPI EKSTRAK HERBA UNTUK URAT SARAF & SENDI…

NEVTRET adalah sebuah produk yang diformulasi KHAS untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan URAT SARAF & SENDI yang sering dialami oleh mereka yang berumur sekitar 30 – 55 tahun, bahkan yang berumur sekitar 20-an juga sering mengalaminya…

NEVTRET dirumus menggunakan 100% Herba Semulajadi / Tradisional seperti Ekstrak Mengkudu, Ekstrak Kunyit Kasturi & beberapa jenis herba terpilih yang lain…

NEVTRET mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Halal Jakim

NEVTRET membantu menyelesaikan masalah berkaitan URAT SARAF & SENDI seperti :

1. Demam Urat

2. Sakit bisa-bisa badan yang mencucuk-cucuk

3. Masalah bengkak urat

4. Masalah Angin dalam badan yang teruk

5. Masalah sendi / gout

6. Terseliuh atau tergeliat

7. Sakit belakang / sakit pinggang

8. Urat belikat

9. Lenguh-lenguh badan

10. Kebas-kebas kaki & tangan

11. Kekejangan otot, kaki & tangan

Yang kebanyakan masalah di atas, ramai di kalangan mereka mengamalkan ubatan-ubatan berasaskan BAHAN KIMIA yang pastinya memberi kesan tidak baik dalam jangka masa panjang…

Oleh sebab itu, NEVTRET menjadi ALTERNATIF terbaik & paling sesuai diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah yang disenaraikan di atas kerana ia berasaskan 100% bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia terlarang yang telah digunakan turun temurun oleh orang-orang tua atau generasi terdahulu…

Dan Alhamdulillah, NEVTRET terbukti menyelesaikan masalah di atas dengan Izin Allah…

HerbaMalays_nevtret

Info lanjut berkenaan NEVTRET boleh klik di SINI

Kalau nak baca “Kisah Benar” Pelanggan kami boleh klik di SINI

Page Facebook : Nevtret

Instagram : Nevtret

ATAU,

Boleh terus SMS / Whatsapps “NEVTRET” ke 017 954 2814 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan NEVTRET, Terapi URAT SARAF & SENDI yang akan membuat badan Anda rasa lebih SEGAR & RINGAN selepas mengamalkannya :)

P/s : Terdapat 97 kekosongan di bawah program istimewa hak pengedaran NEVTRET ke seluruh negara yang seperti kita semua sedia maklum Malaysia mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 30,865,700 orang & program ini dinamakan #100 EXCLUSIVE PARTNER yang bertindak sebagai “Mastermind / Kapten” dalam hal pengedaran NEVTRET,

Anda boleh terus berhubung dengan kami di talian 03 8959 1516 / 017 954 2814 / 016 386 5205 untuk sebarang pertanyaan & maklumat lanjut. In Shaa Allah,

Terima Kasih! :)

Cerita Sebenar Khasiat & Misteri Burung But-But

herbamalays

Burung But-But

Burung But-but mempunyai khasiat mujarab untuk merawat masalah PATAH/RETAK/CEDERA di bahagian Tulang seluruh anggota badan manusia…

Namun, terdapat banyak pendapat tentang di manakah khasiat daripada Burung But-but bagi digunakan untuk masalah KEPATAHAN TULANG…

Cerita yang paling banyak dinukilkan adalah mengenai anugerah kepandaian daripada Allah kepada Ibu Burung But-but untuk mengenali HERBA terbaik yang mujarab & berguna untuk merawat masalah PATAH TULANG anaknya.

Bagaimana ia berlaku?

Kami pernah mengenali seorang Tukang Urut tua yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam dunia urutan tradisional. Beliau mengatakan pada suatu masa dahulu, Pakciknya telah membawanya pergi ke sebuah kawasan untuk mengenali Herba Mujarab untuk merawat masalah Patah Tulang…

Sebelum itu, Pakciknya meminta beliau untuk mencari Burung But-but yang mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk dipatahkan kaki anak Burung But-but tersebut…

Selepas dipatahkan, tinggalkan sahaja anak burung But-but tersebut…

Daun But-But

Pakciknya berkata pada beliau : “Kalau kamu tak percaya, 1-2 hari nanti bila kita datang, pasti anak Burung But-but tersebut telah pulih kakinya & pasti di sarangnya ada daun ini (ditunjukkan daun seperti di gambar)”

Selang 1-2 hari selepas itu, beliau & pakciknya pergi ke sarang But-but tersebut, memang benar anak But-but tersebut telah pulih serta telah boleh terbang semula & selain itu, terdapat banyak daun seperti di dalam gambar pada kaki & pada sarang Burung But-but tersebut….

Jadi, KEBIJAKSANAAN Ibu But-but mengenal Herba Mujarab untuk merawat masalah Patah Kaki anaknya sangat berharga & bermanfaat pada kehidupan manusia…

Terdapat juga cerita yang mengatakan ada sesetengah masyarakat kita telah menangkap Burung But-but & memasaknya untuk dijadikan Minyak But-but…

Cerita yang lainnya pula & hampir tepat adalah, mereka tahu bahawa ada Daun Herba yang digunakan oleh Ibu But-but untuk mengubati Kaki Patah anaknya, namun disebabkan mereka tidak mengenal jenis Herbanya, maka mereka mengambil sarang & anak Ibu But-but untuk dimasak bersama minyak kelapa untuk dijadikan Ubat kerana terdapat bekas Herba Mujarab pada sarang & kaki anaknya itu…

Namun, cerita yang paling berpengaruh adalah mengenai khasiat Herba Mujarab yang digunakan oleh Ibu But-but untuk masalah Patah Kaki anaknya itu…

Segalanya tetap dengan Izin Allah, namun pada setiap kejadian Allah, ada rahsia yang perlu dikaji untuk kebaikan & kegunaan manusia sejagat.

Kami mulanya agak kurang percaya dengan cerita Tukang Urut ini pada asalnya, namun kami sendiri mencubanya di bahagian tulang yang sakit, ternyata benar cerita Tukang Urut ini kerana sakit tulang di bahagian lutut Admin berkurang dalam kadar yang agak cepat…Izin Allah, Alhamdulillah…

P/s : Pokok But-but ini sangat teguh & dikategori sebagai pokok spesis hutan yang menjalar & istimewanya walaupun disembur racun, namun sangat sukar untuk ia mati, malah tetap kelihatan segar walaupun daunnya telah dipetik, pokok ini hidup kebanyakannya di kawasan sawit kerana ia memerlukan kawasan yang agak redup untuk hidup.

Selamat Mencuba!

Pengembaraan Bermula….

Assalamualaikum,

Kami doakan Anda semua sentiasa sihat di bulan Ramadhan yang mulia ini…

Alhamdulillah, hampir siap sudah “rumah baru” untuk kami terus berkongsi content & idea tentang segala jenis tumbuh-tumbuhan herba yang sebenarnya ramai di kalangan kita tidak sedar tentang manfaat kegunaanya untuk masyarakat sejagat….

Biar kami kongsikan apakah rancangan kami dengan HerbaMalays secara jelas untuk mengelakkan kekeliruan…

Pertamanya, HerbaMalays adalah sebuah jenama yang bernaung di bawah Herbamalays Benefit Sdn Bhd, kami bermula dengan satu produk, melalui strategi pemasaran utama kami iaitu “Content”, kami bersungguh untuk mengukuhkan jenama HerbaMalays bagi memastikan produk keluaran kami mendapat perhatian masyarakat di dalam & luar negara…

Justeru, HerbaMalays akan diberi penjenamaan semula kepada “HM” dengan Motto “Life With Think Alternative”, motto ini adalah selari dengan Visi syarikat iaitu untuk melihat “Formulasi Herba Peninggalan Ke Seluruh Asia & Global”

Di laman ini, kami hanya akan berkongsi tentang segala jenis RAHSIA tumbuhan Akar Kayu Kampung peninggalan generasi kita yang terdahulu yang teramat mujarab, ini adalah usaha kami untuk memastikan segala formulasi & cerita berkenaan kemujaraban campuran herba generasi terdahulu tidak lenyap di muka bumi…

Kami percaya terdapat banyak kaedah rawatan yang menggunakan Herba Tradisional peninggalan generasi terdahulu yang boleh memberi manfaat bersama kepada kita semua, justeru kami akan memastikan maklumat yang kami kongsikan di sini adalah TEPAT & SELAMAT

Dengan segala maklumat & info tersebut, kami seterusnya akan berusaha untuk menterjemahkannya kepada produk / perkhidmatan di bawah jenama “HM” yang kami akan bawa keseluruh Asia & Global…In shaa Allah…

Sepanjang 5 tahun berkongsi tentang Herba Tradisional, kami yakin bahawa terdapat banyak masalah kesihatan yang masih belum ditemui jalan penyelesaian melalui Rawatan Konvensional, justeru kami tetap optimis bahawa “Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya” & oleh yang demikian, kami ingin membuka minda masyarakat untuk sentiasa mencari alternatif & ia selari dengan motto kami “Life With Think Alternative”

Semoga Allah Taala beri kekuatan kepada kami untuk terus berkongsi info & maklumat kepada para audiens kami…Ameen, In Shaa ALLAH…