Category Archives: Herba Ulam-Ulaman

Ketahui Cara Penyembuhan Yang Cepat Selepas Sakit & Kanser

 

Brokoli - HerbaMalays

Brokoli – HerbaMalays

 

Brokoli adalah satu herba  yang mungkin ramai orang tidak tahu, yang ianya salah satu herba iaitu penyembuh yang cepat setelah mengalami sakit yang berat seperti kanser. Jadi Info kali ini Tok Onyang nak kongsikan berkenaan Herba Brokoli. Brokoli, iaitu sejenis kobis yang termasuk dalam golongan sayuran. Nama sainstifiknya Brassica oleracea var dalam keluarga cruciferae (brassicaceae), ditanam di kawasan yang tinggi, lembap dengan suhu yang rendah. Brokoli tidak tahan dengan udara yang panas dan hujan yang terus-menerus, ini akan membuatkan ia menjadi kenuningan dan berbintik hitam serta rosak.

Tok Onyang pasti, ada sesetengah orang yang mengalami sakit berat iaitu stroke, pembedahan atau pun kanser yang kini hanya mengambil ubat dari hospital untuk menahan sakit dari masalah yang dialami, menjalani kaedah kemoterapi untuk mengawal kanser tersebut dari terus merebak, jika tidak mungkin memerlukan pembedahan untuk mengawal kanser tersebut. Oleh itu, pemakanan Brokoli ini adalah sangat baik untuk mencegah kanser tertentu, terutamanya kanser prostat, usus, payudara  dan mencegah pertumbuhan sel kenser paru-paru. Ia juga dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan baik untuk sesiapa yang hendak menurunkan berat badan.

Brokoli ini mengandungi glucoraphanin, yang diproses oleh tubuh menjadi senyawa anti-kanser sulforaphene. Selain itu, ia juga mengandungi senyawa anti-oksidan serta anti-karsinogen dan ini sangat kuat untuk menghindarkan pertumbuhan, perkembangan kanser. Manakala untuk mengalami sakit berat seperti stroke atau pembedahan, sangat baik jika mengamalkan pemakanan Brokoli kerana ia kaya dengan vitamin C untuk mempercepatkan penyembuham luka, vitamin A membantu untuk penyatuan kulit setelah pembedahan.

Seterusnya, Tok Onyang nak kongsi sedikit, Khasiat lain yang terdapat pada Brokoli ini. Brokoli ini juga sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung, dimana ia menstabilkan kolestrol, bermanfaat untuk memperlambat dan mencegah penebalan arteri dalam tubuh, sehingga boleh memerangi penyakit jantung dan juga stroke. Selain itu, Brokoli ini juga menjaga ketajaman penglihatan, sistem kekebalan tubuh, serta tekanan darah. Tok Onyang sangat mensarankan agar kita mengamalkan pemakanan Brokoli ini kerana ia sangat baik untuk kesihatan.

Bagi sesiapa yang menjaga kesihatan kulit dan ingin menurunkan berat badan, pemakanan Brokoli adalah sangat baik, kerana Tok Onyang dapat tahu, ianya tinggi serat yang menjaga kestabilan gula dalam darah, mengandungi vitamin A, C, E, beta-karoten, zat besi serta mineral dan sangat rendah kalori juga lemak. Ia akan menjaga, membaiki kulit yang rosak, sel kulit mati serta membuatkan perut kenyang lebih lama. Biasanya Brokoli ini dimasak sayur, sup, tumis, rebus atau kukus, tetapi masaknya jangan terlalu lama, nanti hilang khasiat yang terdapat dalam Brokoli ini.

Jesteru itu, Brokoli ini adalah ulaman/makanan yang mengandungi banyak nutrisi sangat baik untuk kesihatan yang mungkin hanya di ketahui oleh sesetengah masyarakat sahaja. Tok Onyang harap kita boleh menjadikan ianya sebagai makanan/ulaman sayuran kita untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Bermanfaat– Sharing is Caring.

( Sumber – http://www.herbalisnusantara.com/obatherbal/view143a.html?mnu=2&id=207 )

Tok Onyang

ULAM RAJA

Ulam Raja_03

 

Di Hari yang indah ini, Tok Onyang nak kongsi mengenai Ulam Raja (King Salad), atau nama lainya iaitu, Kenikir.

Tok Onyang tahu Ulam Raja ini biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya cantik dan berwarna-warni, jadi lepas ni tOk oNyang nak tanam dekat rumah, senang nk buat ulam & hiasan. Tapi yang selalu dijadikan ulam biasanya, ia mempunyai bunga yang kecil dan berwarna agak pucat (merah jambu pucat) atau putih, atau yang tOk oNyang biasa dengar “intan berayun”, kalau bunga warna kuning agak kurang untuk orang buat ulam. Ulam Raja ni boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Ok… Sejarah Ulam Raja ni, berasal dari Amerika Latin, tapi mudah dijumpai di Amerika Syarikat, Malaysia dan di negara Asean.

Seterusnya Tok Onyang nak bagi tahu kandungan dan juga khasiat Ulam Raja ni. Ulam Raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak, dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Khasiat Ulam Raja ialah dapat memperbaiki peredaran darah, mencuci darah dari bahan toksikd dan juga menguatkan tulang serta merencatkan aktiviti sesetengah bakteria. Klorofom yang diekstrak dari daun Ulam Raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan boleh merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus, seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.choli. Tu dia, Tok Onyang boleh jadi ahli sains lepas ni… hihihi…

Ulam Raja ni merupakan sayuran herba yang amat popular dibuat sebagai ulam yang dimakan mentah bergitu sahaja bersama nasi atau dicicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak serta cincalok. Amat menyelerakan sekali, wahh.. memang menyelerakan, bagus dan sedap kalau dapat dijadikan ulam tiap-tiap hari, lepas ni boleh la cari Ulam Raja ni, Tok Onyang pun nak cari jugak, anda bila lagi…

(Sumber : khasiat herba)

Selamat menggunakan –INFO HERBA- ini

[-Tok Onyang-]