Category Archives: Herba Pokok

Ternyata Pokok Sekentut Ini Sebenarnya Boleh Mengubati Sakit Perut

Pokok Daun Sekentut - HerbaMalays

Pokok Daun Sekentut – HerbaMalays

Ramai yang tidak tahu yang sebenarnya Pokok Sekentut ini, boleh mengubati sakit perut dan yang paling mujarab iaitu membuang angin dalam badan. Apa yang Tok Onyang boleh kongsikan, Pokok Sekentut ini adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Rubiaceae. Nama saintifiknya ialah Paederia foetida, tumbuh di sekitar kawasan belukar yang menerima cahaya matahari dan terdapat banyak di kawasan zon beriklim sederhana seperti Hutan Tropika di Asia.

Tok Onyang nak kongsikan Khasiat Daun Sekentut ni, Khasiat Daun Sekentut ni boleh mengubati sakit perut, lagi-lagi yang banyak angin, memang akan keluar semua angin yang ada, dengan cara ambil beberapa helai… sekurang-kurangnya 5 helai, kemudian bersihkan dan rebus. Setelah rebus hingga menggelegak, ambil air rebusan tersebut, tunggu sehingga suam atau sejuk dan minum air rebusan tersebut dua kali sehari. Amalkan kaedah ini, Tok Onyang pasti, elok la perut yang sakit atau cirit birit, serta keluarlah angin dalam perut dan seluruh badan.

Selain itu, Khasiat lain yang ada pada Daun Sekentut ni, iaitu ia juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya, ambil beberapa helai Daun Sekentut ini, tumbuk halus kemudian perah untuk mendapatkan airnya itu, lalu sapukan pada tempat bintik-bintik merah tersebut. Daun Sekentut ini juga, dapat menghilangkan kejang, sakit kuning dan kencing tidak lancar. Oleh itu, Tok Onyang sarankan, sesiapa yang ada sakit yang sebergini, eloklah jika Daun Sekentut ini dijadikan ulam, macam mana nak jadikan ulam tu…? Ambil beberapa helai Daun Sekentut ini, cuci sehingga bersih kemudian kukuskan sehingga masak, lepas itu boleh dimakan sebagai ulam. Mudah je kan…

Tumbuhan ini biasanya mudah hidup dengan cepat dan menjalar liar di atas tumbuhan lain sehinggakan boleh menutupi tumbuhan tersebut. Ia mudah menjalar kerana batangnya yang lembut serta kuat untuk melilit dan mampu tumbuh sehingga 1.5 meter dengan adanya pokok sokongan untuk terus menjalar. Daunya berbentuk panjang dan tirus, yang berwarna hijau sederhana, Pokok Sekentut ini juga mempunyai bunga kecil dimana kelopaknya berwarna putih serta bahagian tengahnya berwarna ungu.

Walaubagaimana pun, Pokok Sekentut ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, jika di sentuh atau di tiup angin, namun daripada Pokok Sekentut inilah, terdapat Khasiat yang ramai orang tidak tahu dan boleh menyembuhkan penyakit mengikut Khasiatnya. Jadi Tok Onyang percaya bahawa setiap penyakit yang ada, pasti ada penawarnya, tenung-tenungkanlah dan Selamat BerInfo – Sharing is Carring.

(Sumber : Khasiat Herba)

[-Tok Onyang-]

 

DERHAKA MERTUA

DerHaka_Mertua_01

Hari ni Tok Onyang nk kongsi satu Herba iaitu Pokok Derhaka Mertua atau Nama lainnya, Ceraka kampong, Plumbago, Chitrakmool dan tergolong dalam keluarga Plumbaginaceae. Macam mana boleh dapat nama Derhaka Mertua pun, Tok Onyang tengah study lagi.. mungkin pokok ni derhaka pada mertuanye kot, tp tak mungkin.. hihihi…

Tumbuhan ni tidak dikenali ramai, walaupun kegunaannya sebagai herba untuk berubat. Yang Tok Onyang tahu Derhaka Mertua ni, batangnya separa berkayu, rantingnya mudah lentur, daunnya berbentuk bujur, ringkas dan hujung daun ni runcing serta permukaan daun ni licin dan berkilat. Bunganya pula mempunyai lima kelopak dan di pegang oleh tangkai bunga yang panjang menegak. Derhaka Mertua ni tumbuh di kawasan belukar yang kurang cahaya matahari atau terlingdung, membiak melalui keratin batang dan biji benih, akarnya pula berwarna kekuningan.­

Seterusnya Tok Onyang nak Share, Ape Khasiat Derhaka Mertua ni…??? Air rebusan akar Derhaka Mertua ni boleh mengatasi masalah sembelit, bersifat anti radang. Selain itu, ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan, mengubati batuk, bronkitis, angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies) serta melancarkan perjalanan haid dengan cara ambil 2 atau 3 helai daun yang segar, bersihkan dan dikunyah bergitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Rupanya, macam-macam penyakit Derhaka Mertua ni boleh ubat.

Tok Onyang nak bagi Amaran Keras, kerana Tumbuhan ini amat merbahaya, disebabkan ia boleh menggugurkan kandungan / janin, jika diambil oleh wanita yang sedang hamil, oleh itu elakkan bagi para wanita yang hamil, Tok Onyang dah pesan ni, jangan di salah gunakan. Jadi penggunaannya perlulah berhati-hati.‎

(Sumber : khasiat herba)

Selamat menggunakan -INFO HERBA- ini.

[-tOk oNyang-]