Category Archives: Herba Buah-Buahan

KURMA

 

Kurma_02

 

Tok Onyang nak kongsi berkenaan dengan Buah Kurma (Phonex Dactylifera) atau Tamar adalah tanaman palma (Arecaceae).

Kurma telah menjadi makanan di Timur Tengah, Mesir, Arab sejak zaman dahulu kala lagi. Pokok Kurma berukuran sedang dengan tinggi sekitar 15-25m, tumbuhan ini tunggal atau membentuk rumpun pada sejumlah batang dari sebuah akar tunggal. Daunnya memiliki panjang 3-5m, dengan duri pada tangkai daunnya, menyirip dan mempunyai sekitar 150 pucuk daun muda. Daun mudanya berukuran dengan panjang 30cm dan lebar 2cm. Rentang penuh mahkotanya berkisar dari 6-10m. Bergitulah ciri yang ada pada Pohon Kurma yang Tok Onyang boleh kongsikan.

Jadi, seterusnya adalah kandungan serta khasiat Kurma ni, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya adalah sangat tinggi, iaitu sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya adalah sangat rendah iaitu 0.4% sahaja. Ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Khasiatnya pula ialah, Kurma ini baik untuk saraf dan otak (mencergaskan otak, tubuh badan serta minda), ia juga mencegah barah usus besar, mencegah strok, mencegah jantung koroner, mengatasi anemia, mengurangi reaksi alergi, proses pembekuan darah, menjaga kesihatan mata, menjaga kesihatan tulang dan gigi, merendahkan tekanan darah

Selain itu, apa yang Tok Onyang tahu, Kurma ini juga sangat baik untuk menguatkan ingatan, kemudian gula yang ada di dalam Kurma ini telah ditukar secara semulajadi, apabila kita memakan Kurma, tenaga akan diserap serta-merta, membuatkan kita terus bertenaga, jika kita dalam keadaan letih ataupun tidak bertenaga. Sebaliknya gula yang ada di dalam buah-buahan lain, ia dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang mengandungi sukrosa, tidak boleh menyerap terus dalam tubuh badan kita, ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserapkan sebagai tenaga. Wahh… sangat bagus Kurma ni jika dimakan setiap hari, lepas ni Tok Onyang nak makan Kurma tiap-tiap hari, sebab ia juga dapat menghindari dari terkena racun yang dimakan dari makanan lain, jika ada.

Kurma ni boleh dimakan bergitu sahaja sama ada yang sudah masak atau masih mentah, kering atau salai, nak sedap lagi, buang biji kurma dan gantikan dengan kacang tanah, badam atau gajus. Selain itu, ia juga boleh dibuat Jus Kurma, dibuat jem, sirap atau buat bahan tambahan seperti ais-krim serta dimakan dengan coklat, Fuhh lazatnya…

(Sumber : khasiat herba)

Selamat menggunakan –INFO HERBA- ini

[-Tok Onyang-]